Tujuh Ilmu Pilihan Dalam Bahasa Melayu yang Mendahului Bahasa Inggeris (Jilid II)
Editors | : | Shaharir Mohamad Zain |
Year | : | 2023 |
Publishers | : | Dewan Bahasa & Pustaka |
ISBN | : | 9789834941635 |
Pages | : | 419 |
Format | : | Paperback |
Price | : | RM 50.00 |
Description:
Tujuh Ilmu Pilihan dalam Bahasa Melayu yang Mendahului Bahasa Inggeris, Jilid II ditujukan kepada semua yang berminat tentang pencapaian ilmu sains dalam bahasa Melayu. Kehebatan ilmu dalam bahasa Melayu sebelum tahun 1900 dalam tiga bidang yang kini dikenali sebagai astronomi dan kosmologi, perubatan, dan kepemimpinan dan kepengurusan dibicarakan dalam buku ini dalam aspek terkehadapannya berbanding dengan ilmu yang ada di Eropah, khususnya dalam bahasa Inggeris. Semuanya berasaskan prasasti (batu bersurat) berhuruf Palawa dan manuskrip dalam tulisan Rencong-Palawa dan Jawi serta dalam karya pelbagai bahasa Eropah yang menyanjung tinggi taraf ilmu berkenaan. Dalam bidang astronomi dan kosmologi yang dahulunya dikenali sebagai horasastera dan ilmu falak dan haiah, Lal yang paling menonjol terkehadapannya ialah penemuan bintang dan model alam semesta mendahului Eropah hingga abad ke-18 Masihi; manakala bidang perubatan yang dahulunya dikenali sebagai sikitsawidya dan tib masyhur di seluruh dunia termasuklah China, Hindia, Timur Tengah dan Eropah hingga abad ke-19 Masihi. Bidang kepemimpinan dan kepengurusan yang dahulunya dikenali sebagai dharmasastera dan khalifah, amir, wali atau rais mendahului Eropah kerana adanya karya agung pada prasasti abad ke-11 Masihi tentang cakravantin (pemimpin dunia), dan manuskrip Taj al-Salatdin (1603 Masihi) tentang sifat dan gaya pemimpin dan pengurus yang unggul. Ketiga-tiga bidang ilmu ini masih ada unsur-unsur yang amat berameng (relevan) hingga kini.