• Centre for Civilisational Dialogue (UMCCD)
  • dialog@um.edu.my
  • +60379675697
logo
logo

Peranan dan Rangkaian Dialog Peradaban

Penulis  :   Mohamad Abu Bakar & Urus Pengarah PDP
Tahun  :   2013
Penerbit  :   Pusat Dialog Peradaban
ISBN  :   978-983-3070-44-2
Halaman  :   122
Format  :   Paperback
Harga  :   RM 25.00

Ringkasan :

Ungkapan "dialog peradaban" masih kurang difahami dan oleh itu kurang diminati di Malaysia, bahkan masih jumhur memandang serong terhadap kegiatan ini.  Bagi umat Islam di Malaysia umpamanya, rata-rata masih menganggapnya sebarang dialog antara-agama tidak perlu kerana mereka anggap tiada apa-apa yang positifnya bahkan yang negatif sahaja yang dijangkanya terundang.

Para Sarjana di Malaysia pun tidak cukup menunjukkan keperluan membicarakan isu yang sebenarnya berupa dialog peradaban seperti kajian perbandingan sesebuah teori mengikut perspektif dua atau lebih beradaban. Ini jelas dapat disaksikan pada karya-karya mereka yang tenggelam dalam timbunan pengakuran (pengukuhan) sesebuah teori dari sebuah peradaban sahaja iaitu peradaban Barat. kecilnya bilangan kehadiran mereka dalam acara-acara dialog ilmu yang biasa dianjurkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (BBK) yang memang menumpukan kegiatannya dalam dialog peradaban tentang ilmu, bernama Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) dan sebuah badan semi-kerajaan bernama Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya menunjukkan kepasifan bidang ini di Malaysia.

Ingin dapatkan buku ini? Hubungi 03-79675697 (Puan Rozita) atau emel kepada dialog@um.edu.my untuk pembelian.

**Pihak penerbit berhak untuk menukar harga pada bila-bila masa

Last Update: 23/08/2022