Al-Raniyriy: Tentang Asal Mula dan Tabii Segala
Penulis | : | Shaharir Mohamad Zain |
Tahun | : | 2023 |
Penerbit | : | Penerbit Universiti Malaya Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya |
ISBN | : | 978-967-488-248-8 |
Halaman | : | 348 |
Format | : | Paperback |
Harga | : | RM 72.00 |
Ringkasan:
Bahasa Melayu kini kembali kepada keadaannya pada tahun-tahun sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (tidak rasminya Semenanjung Malaysia sejak 1963) pada tahun 1957. Masyarakat di segenap lapisnya sudah menganggap bahasa Melayu sememangnya tidak layak menjadi pengungkap kata untuk apa-apa pun yang “agak berharga”, malah di “pasar malam” atau “pasar lambak” pun bahasa Melayu sudah semakin tidak mahu digunakan pada label/iklan di bangku/lot jualan masing-masing. Bahasa Melayu dianggap lambang kemunduran. Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan ilmu di tadika atau di sekolah sekalipun sudah semakin tersisih dan disisih atas nama keperluan berbahasa bangsa maju, berbahasa antarabangsa – bahasa Inggeris; apa lagi di peringkat pasca-sekolah – bahasa Melayu sudah tiada tempatnya langsung!